BANGKOK, 28 Mac — Gempa bumi kuat melanda tengah Myanmar pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berukuran 7.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.
Gempa berlaku sekitar 12.50 tengah hari (0620 GMT) dengan pusat gegaran terletak kira-kira 16 kilometer dari Bandar Sagaing di barat laut negara itu, kata USGS.
Gegaran turut dirasai di ibu negara Thailand, Bangkok.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan akibat gempa itu.
Tinggalkan Balasan