Xi Balas Surat Delegasi Belia AS 

Presiden Xi Jinping baru-baru ini menulis surat balas kepada delegasi pertukaran budaya bola pikel belia dari kaunti Montgomery, Amerika Syarikat (AS) yang melawat China pada April.

Lawatan guru dan pelajar berkenaan dilakukan menerusi inisiatif mengundang 50,000 belia AS ke China bagi pertukaran dan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam surat tersebut, Xi mengucapkan tahniah atas kejayaan kunjungan mereka dan meluahkan rasa gembira apabila melihat sukan bola pikel menjadi tali penghubung baharu kepada pertukaran belia kedua-dua negara.

Masa depan hubungan China-AS terletak di tangan golongan muda, kata beliau sambil menyuarakan harapan agar mereka menjadi generasi baharu yang bertindak sebagai duta persahabatan dua negara serta membuat sumbangan lebih besar untuk memperkukuh hubungan sesama rakyat.

Terdahulu, delegasi belia AS dalam sepucuk surat kepada Presiden Xi telah berkongsi pengalaman mereka mengambil bahagian dalam aktiviti pertukaran sukan bola pikel di China pada April.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda