MADRID, 10 Julai — Jurulatih pasukan kebangsaan Brazil Carlo Ancelotti dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan mengelak cukai, menurut Mahkamah Wilayah Madrid pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Mahkamah turut mengenakan denda sebanyak €386,361.93 (US$452,268.39). Keputusan itu belum muktamad dan boleh dirayu.
Bekas jurulatih Real Madrid itu dijangka tidak akan dipenjarakan memandangkan hukuman penjara sehingga dua tahun kebiasaannya digantung pelaksanaannya di Sepanyol.
Pejabat pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara selama empat tahun sembilan bulan dan denda melebihi €3 juta.
Ancelotti dituduh gagal membayar cukai berjumlah sekitar €1.06 juta kepada pihak berkuasa cukai sepanjang penggal pertamanya bersama Real Madrid dari 2013 hingga 2015.
Tinggalkan Balasan