Majlis Peringatan Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis Berlangsung Esok

Sempena Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, satu majlis peringatan akan diadakan di Dataran Tian’anmen di Beijing esok.

Mengikut jadual, pada pukul 9.00 pagi,  Presiden China Xi Jinping akan menyampaikan ucapan dan memberi tabik hormat kepada perarakan tentera.

Manakala pada pukul 8.00 malam pula, Xi yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, dan bersama dengan barisan pemimpin asing disajikan dengan persembahan bertemakan “Keadilan Akan Menang” di Dewan Besar Rakyat.

Kumpulan Media China (CMG) akan membuat siaran langsung manakala Agensi Berita Xinhua akan menyediakan liputan grafik dan teks sempena acara tersebut.