CAEXPO ke-22 akan Terserlah dengan Penglibatan 39 Bandar Kembar dengan Guangxi 

Untuk memacu peningkatan dan perkembangan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), serta terus membina platform kerjasama “Bandar Kembar + Perdagangan dan Ekonomi” dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber yang serasi, pihak penganjur CAEXPO edisi ke-22 akan terus menganjurkan aktiviti “Bandar Kembar Antarabangsa dengan Guangxi Tampil di CAEXPO”.

Buat masa ini, persiapan untuk zon pameran berjalan lancar, dan sebanyak 39 bandar kembar, bandar pertukaran persahabatan atau pertubunan persahabatan dari 19 negara telah mendaftar untuk tampil di pameran kali ini.  

Menurut maklumat berkenaan, CAEXPO ke-22 yang seluas hampir 600 meter persegi merangkumi ruang pameran utama untuk Wilayah Autonomi Guangxi, serta Zon Pameran ‘Bandar Mempesona’ Perak Malaysia, Zon Pameran ‘Bandar Mempeosna’ Sihanoukville Kemboja dan zon pameran Wilayah KwaZulu-Natal Afrika Selatan, yang kesemuanya akan dijadikan cermin tentang pencapaian Guangxi dalam pertukaran dengan pelbagai bandar kembar, aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pertukaran terbabit, pencitraan pelbagai bandar kembar, serta produk warisan masing-masing.

Sepanjang tempoh CAEXPO 2025, pihak penganjur juga akan menganjurkan program promosi dan pertukaran untuk pempamer bandar kembar untuk menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan memperhalusi pelaksanaan projek-projek terbabit.

Untuk rekod, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bakal berlangsung di bandar Nanning wilayah Guangxi pada 17 hingga 21 September.