Isteri Presiden China Xi Jinping yang juga Duta Khas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Kaum Wanita, Prof. Peng Liyuan, bersama dengan Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay menghadiri upacara pemberian Anugerah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Kaum Wanita UNESCO 2025 dan aktiviti perayaan ulang tahun anugerah ini yang genap sedekad di Beijing pada Jumaat.
Peng ketika berucap dalam aktiviti tersebut menyatakan bahawa pada masa ini, masyarakat manusia sedang menyambut era kepintaran. Dalam proses ini, kita harus meletakkan pendidikan sains terhadap kaum wanita pada kedudukan yang lebih penting, membantu lebih ramai wanita menguasai pengetahuan sains, belajar menggunakan teknologi baharu, dan meningkatkan keupayaan melakukan inovasi, serta berusaha meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam revolusi teknologi demi kehidupan yang mengujakan. China sentiasa memberikan perhatian tinggi kepada pembangunan pendidikan sains untuk kaum wanita, dan berharap dapat terus memperdalam kerjasama dengan UNESCO dan pihak-pihak berkaitan bagi mempertingkat pembinaan keupayaan pendidikan sains untuk kaum wanita secara menyeluruh, dengan menyasarkan matlamat pada tahap tinggi.
Sebelum aktiviti itu dimulakan, Peng dan Azoulay telah mengadakan pertemuan, dan bertukar-tukar pendapat mengenai usaha menggalakkan pendidikan kanak-kanak perempuan dan kaum wanita dalam senario global.
Untuk rekod, sejak Anugerah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Kaum Wanita disediakan bersama oleh China dan UNESCO pada tahun 2015, terdapat 20 buah program dari 19 buah negara yang terpilih sebagai penerima augerah itu.
Tinggalkan Balasan