Filem Dokumentari ‘Shenzhou-13’ Ditayang di Laos

Tayangan amal filem dokumentari ‘Shenzhou-13’ dalam bahasa Laos diadakan di Sekolah Cina Liewtou di Vientiane pada Selasa, yang menarik kehadiran lebih 600 penonton.

Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), ‘Shenzhou-13’ merupakan filem dokumentari pertama yang dihasilkan menggunakan teknologi paparan definisi ultra tinggi 8K, berasaskan penggambaran dibuat tiga orang angkasawan China.