Xi, Shahabuddin Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik

Presiden China Xi Jinping dan Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin saling bertukar ucapan tahniah pada Sabtu sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Xi berkata China dan Bangladesh merupakan jiran bersahabat yang menikmati hubungan baik sejak sekian lama.

Beliau menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Shahabuddin untuk mengembangkan persahabatan tradisional, memperdalam kerjasama saling untung dan mendorong pembangunan bersama bagi memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara serta menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Sementara itu, Shahabuddin berkata pihaknya menghargai peranan China dalam menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau, serta sokongan padu diberikan China kepada pembangunan mampan Bangladesh.

Beliau yakin kerjasama antara Bangladesh dan China akan terus membuahkan hasil signifikan melalui usaha bersama pemimpin serta rakyat kedua-dua negara.