Gala Pesta Kuih Bulan 2025 CMG Disiar Malam ini

Gala Pesta Kuih Bulan 2025 anjuran Kumpulan Media China (CMG) akan disiarkan untuk tontonan seluruh dunia tepat pukul 8.00 malam ini. 

Gala tahun ini diadakan di bandar Deyang, provinsi Sichuan di barat daya China dengan menggabungkan pelbagai elemen dan ciri-ciri tempatan. 

Menerusi pelbagai persembahan menarik, gala berkenaan mengetengahkan tema sambutan perayaan iaitu perhimpunan keluarga dan keharmonian sewaktu bulan purnama.

Yang lebih istimewa, gala itu akan membawa penonton meneroka Muzium Sanxingdui dengan ditemani robot humanoid untuk bersama-sama menghayati tamadun Shu purba.

Gala berkenaan akan disiarkan melalui pelbagai saluran TV dan platform media baharu CMG, serta media arus perdana di Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu, Kenya, Colombia, Sri Lanka dan beberapa negara lain.