Hanya terdapat satu negara China sahaja di dunia ini, dan Taiwan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah China. Penyelesaian isu Taiwan dan mencapai penyatuan semula sepenuhnya negara China merupakan hasrat bersama semua anak bangsa China. Penyatuan semula China bukan suatu pilihan, tetapi satu kepastian. Ia merupakan fakta yang kukuh, tuntutan zaman dan juga arus sejarah yang tidak dapat dielakkan.
Sejarah merupakan fakta dan asas undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan. Taiwan merupakan sebahagian wilayah China sejak zaman silam. Kerajaan pusat China yang silih berganti telah lama menjalankan pentadbiran di Taiwan. Pada tahun 1895, kerajaan dinasti Qing yang tewas dalam peperangan dipaksa menandatanganiPerjanjian Shimonoseki (Perjanjian Maguan), sehingga Taiwan diserahkan kepada pihak Jepun. Sepanjang hampir setengah abad penjajahan Jepun di Taiwan, rakyat Taiwan tidak pernah berhenti berjuang menentang pencerobohan Jepun. Semasa Perang Dunia Kedua, rakyat Taiwan bersama-sama rakyat di Tanah Besar berjuang dengan gagah berani demimenyelamatkan bangsa China daripada kehancuran. Pada 25 Oktober 1945, Taiwandibebaskan dan dikembalikan kepada China. Seiring dengan kemenangan Perang Dunia Kedua, dokumen-dokumen yang berkekuatan undang-undang antarabangsa seperti Perisytiharan Kaherah, Perisytiharan Potsdam, Surat Cara Penyerahan Kalah Jepunsemuanya dengan jelas memaktubkan bahawa Jepun mesti mengembalikan wilayah China yang didudukinya, termasuklah Taiwan.
Pada tahun 1971, Perhimpunan Agung ke-26 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi No.2758 dengan majoriti yang besar. Resolusi itu mengiktiraf“wakil kerajaan Republik Rakyat China sebagai satu-satunya wakil China yang sah dalamPBB”, dan mengusir wakil Taiwan daripada PBB serta semua agensinya. Resolusi No.2758 menegaskan prinsip Satu China, sekali gus menolak sebarang kemungkinan kewujudan “dua China” atau “satu China, satu Taiwan”.
Ketiga-tiga Perisytiharan Kaherah, Perisytiharan Potsdam dan Resolusi No.2758 Perhimpunan Agung PBB saling berkaitan, membentuk asas sejarah dan undang-undangbagi pemulangan Taiwan ke China serta prinsip Satu China. Ini merupakan bab keadilanyang ditulis bersama oleh masyarakat antarabangsa, dan tiada mana-mana pihak boleh mengubahnya.
Prinsip Satu China telah menjadi konsensus dan amalan yang sebenar. Berdasarkan Resolusi No.2758 Perhimpunan Agung PBB, prinsip Satu China telah menjadinorma asas dalam hubungan antarabangsa dan konsensus meluas masyarakat antarabangsa. Perjuangan rakyat China yang adil demi menyatukan semula negara disokong oleh masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, 183 buah negara telah menubuhkan dan membangunkan hubungan diplomatik dengan China berdasarkan prinsip Satu China. Dalam Komuniké Penjalinan Hubungan Republik Rakyat China dengan Amerika Syarikat, pihak Amerika Syarikat turut mengiktiraf bahawa Taiwan merupakan sebahagian China, dan Kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan China yang sah. Penyatuan China bukan sahaja ditentukan oleh tata tertib antarabangsa pasca-perang, tetapi juga disokong oleh majoriti negara yang berpihak kepada keadilan dan kemajuan.
Penyatuan China merupakan momentum yang dinanti-nantikan oleh semua pihak dan arus sejarah yang tidak dapat dilawan. Penyatuan negara adalah suatu keperluan ke arah kebangkitan bangsa China, serta ketentuan sejarah dalam perkembangan hubungan kedua-dua belah Selat Taiwan. Pada masa kini, situasi Selat Taiwan rumit dan mencabar. Punca asasnya terletak kepada keengganan pihak berkuasa Taiwan iaitu Parti Progresif Demokratik (DPP) untuk mengiktiraf Konsensus 1992 yang berteraskan prinsip Satu China. Mereka berdegil memegang pendirian “kemerdekaan Taiwan”, dan kerap bersekongkoldengan kuasa luar untuk mencetuskan provokasi, sehingga menolak Taiwan ke arah keadaan yang berbahaya dan tidak stabil. Kuasa “kemerdekaan Taiwan” sanggup menjadi bidak kepada Amerika Syarikat dan negara-negara Barat dalam strategi “menyekat China melalui Taiwan”. Tindakan mereka yang mengkhianati kepentingan bangsa sendiri pasti akan diadili oleh rakyat dan sejarah. Segelintir kuasa luar yang cuba mengganggu usaha penyatuan China, sama ada melalui ancaman ketenteraan, manipulasi politik atau pun tekanan ekonomi, hanya akan ditinggalkan oleh arus sejarah. Roda sejarah bagi menyatukan negara dan kebangkitan semula bangsa China terus bergulir maju, tiada sesiapa atau mana-mana kuasa yang mampu menghalangnya.
Penyatuan semula China merupakan tuntutan sejarah. Seperti yang ditegaskan oleh Presiden Xi Jinping, isu Taiwan muncul akibat kelemahan dan kekacauan bangsa China pada masa dahulu, namun ia pasti akan diselesaikan seiring dengan kebangkitan semulabangsa China. China kini sedang giat memajukan kebangkitan bangsa melalui modenisasi ala China. Kekuatan nasional keseluruhan dan kecekapan tadbir urus negara terus meningkat dengan signifikan. Dalam Sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang baru ditutup sebelum ini telah meneliti dan meluluskan Cadangan Jawatankuasa Pusat PKC Mengenai Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 bagi pembangunan ekonomi dan sosial negara. yang membuat perancangan sistematik serta penyusunanstrategik bagi pembangunan ekonomi dan sosial negara bagi tempoh lima tahun yang akan datang. Perancangan ini akan membimbing China mencapai kemajuan yang lebih gemilang.
Baru-baru ini, Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China telah menetapkan tarikh 25 Oktober sebagai Hari Memperingati Pengembalian Taiwan. China akan terus memperbaikisistem dan dasar bagi menggalakkan pertukaran dan kerjasama ekonomi serta kebudayaan di antara kedua-dua belah Selat, memperdalamkan pembangunan bersepadu. Kami sedia berkongsi peluang yang dibawa oleh modenisasi ala China, supaya saudara setanah air diTaiwan dapat bersama-sama menikmati hasil pembangun negara. Dengan sokongan tanah air yang kuat, kesejahteraan hidup saudara setanah air di Taiwan akan lebih terjamin, ruang pembangunan mereka akan lebih luas dan penduduk Taiwan akan menikmati kehidupan yang lebih selamat serta bermaruah.
Selama ini, Malaysia sentiasa berpegang teguh pada dasar Satu China dan menyokong China dalam mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah. Sokongan ini amat dihargai oleh pihak China. Perantau Cina di Malaysia, termasuk para pemandu dan mekanik sukarelawan Nanyang telah membuat sumbangan yang besar kepada kemenangan PerangRakyat China Menentang Pencerobohan Jepun. Ketika Amerika Syarikat cuba menghalang pengesahan resolusi No.2758 dalam Perhimpunan Agung PBB dengan mengemukakan cadangan “dwi-perwakilan”, wakil Malaysia bangkit membela keadilan, menegaskan bahawa persoalan yang dihadapi Perhimpunan Agung ialah “siapa yang sepatutnyamenduduki kerusi China di PBB”. Usul yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat akhirnya gagal dibawa ke pengundian.
China dan Malaysia mengekalkan hubungan yang baik dan saling membantu, serta telah menjadi teladan bagi hubungan antara negara yang bekerjasama untuk saling menguntungkan. China akan terus bekerjasama dengan Malaysia, saling memberi sokongan yang teguh dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan teras dan keprihatinan masing-masing. Kami berharap lebih ramai orang dari semua lapisan masyarakat Malaysia dapat memahami dengan lebih mendalam tentang hakikat isu Taiwan dan menyokong usahapenyatuan semula China, serta menyumbang lebih banyak tenaga positif untuk memeliharakedamaian dan kestabilan serantau serta keadilan antarabangsa.
— oleh Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing

















Tinggalkan Balasan