PKC Anjur Simposium Peringati Ulang Tahun ke-110 Kelahiran Hu Yaobang

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menganjurkan simposium untuk memperingati ulang tahun ke-110 kelahiran Hu Yaobang di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Khamis. 

Presiden Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat dalam ucapannya menyeru seluruh anggota Parti untuk meneladani akhlak mulia mendiang Hu dan memartabatkan segala usaha dengan semangat kental.

Xi berkata mendiang merupakan seorang negarawan ulung dan pemimpin cemerlang yang mencurahkan seluruh jiwa raga demi pembebasan bangsa, revolusi dan pembangunan sosialis, pembaharuan dan keterbukaan serta pemodenan sosialis.