Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Sihasak Phuangketkeow di bandar Yuxi, provinsi Yunnan pada Ahad.
Wang berkata China gembira apabila Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata menerusi usaha bersama pihak-pihak terlibat.
Menurut beliau, China akan terus berusaha ke arah memulihkan perdamaian antara Thailand dan Kemboja serta bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat kedua-dua negara yang memerlukan.
Wang turut mengulangi pendirian China terus menyokong ASEAN memainkan peranan sewajarnya, dan bersedia memberi bantuan kepada pasukan pemantau ASEAN yang ditugaskan untuk memastikan pelaksanaan gencatan senjata.
Sementara itu, Sihasak menyatakan penghargaan terhadap usaha pengantaraan yang dilakukan China bagi meredakan konflik Thailand-Kemboja.
Ujarnya, Thailand bersedia meningkatkan komunikasi dengan Kemboja melalui saluran dua hala, mengambil sikap ikhlas, memulihkan pertukaran antara satu sama lain secara berperingkat, membina semula kepercayaan bersama, memperbaiki hubungan bilateral serta memelihara keamanan di kawasan sempadan kedua-dua negara dan serantau.












Tinggalkan Balasan