China Rekod 595 Juta Perjalanan Rentas Wilayah Sempena Cuti Tahun Baharu 2026

China merekodkan 595 juta perjalanan rentas wilayah sempena cuti tahun baharu bermula 1 hingga 3 Januari, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Ahad.

Data MOT menunjukkan purata harian bagi perjalanan rentas wilayah mencecah 198 juta, meningkat 19.62 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.