Lawatan Negara Xi Jinping, Kemuncak Persahabatan Malaysia-China – PM Anwar

Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia bukan sahaja satu bentuk penghormatan tetapi juga kemuncak persahabatan Malaysia-China yang akrab dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan antara Malaysia dengan China bukan sahaja perlu diteruskan tetapi juga perlu ditingkatkan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Ujarnya Malaysia dan negara-negara ASEAN sentiasa menjaga hubungan baik dalam prinsip ‘centrality’ iaitu menghormati dan tidak mencetuskan masalah dengan negara-negara lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) dan Astro Awani di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia bermula 15 April.

Lawatan dari 15 hingga 17 April itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda