KUALA LUMPUR, 21 Feb — Aplikasi mudah alih Ryt Bank mencapai kedudukan pertama bagi kategori kewangan serta menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Malaysia setakat Februari ini.
Dalam makluman di laman Instagram hari ini, bank digital itu menyatakan pencapaian berkenaan dicatat di kedua-dua Apple App Store dan Google Play.
Ryt Bank yang dilancarkan pada Ogos 2025 oleh YTL Group serta sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Singapura, SEA Ltd, juga menjadi bank pertama dunia yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI).
“Kejayaan menduduki tempat pertama dalam kategori kewangan sahaja sudah cukup bermakna. Inikan pula menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Malaysia…ini satu kejayaan pada tahap berbeza,” menurut bank itu.
Bank digital itu menganggap pencapaian itu sebagai milik bersama komuniti dan organisasi itu serta memberi komitmen untuk terus meningkatkan perkhidmatan disediakan.
Ryt Bank itu diberikan lesen beroperasi oleh Bank Negara Malaysia dan deposit turut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

















Tinggalkan Balasan