KUALA LUMPUR, 9 April — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.58 mata atau 0.62 peratus kepada 1,685.73 daripada 1,696.31 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.66 mata kepada 1,692.65.
Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan 204 kaunter rugi mengatasi 143 kaunter untung manakala 303 kaunter tidak berubah, 2,058 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 314.62 juta saham bernilai RM205.75 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, minat belian dijangka kekal di bursa tempatan susulan prestasi Wall Street semalaman yang positif.
Berdasarkan harga minyak mentah Brent yang berada di bawah paras US$100 setong (US$1=RM3.97), firma itu menjangka sentimen positif akan berterusan dalam sektor penerbangan dan pengguna.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 3.08 peratus kepada US$97.67 setong.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals melonjak 14 sen kepada RM5.73, MISC mendatar pada RM8.30, Maybank dan TNB, masing-masing berkurangan 10 sen kepada RM11.22 dan RM13.96 serta Public Bank menurun empat sen kepada RM4.66.
Dalam senarai paling aktif, Hibiscus Petroleum naik enam sen kepada RM2, Tanco meningkat satu sen kepada RM1.66, Zetrix AI dan TWL, masing-masing mendatar pada 76 sen dan 2.5 sen manakala MMAG dan VS Industry, masing-masing menurun setengah sen kepada tiga sen dan 19 sen.
Dalam kalangan kaunter paling untung, Fraser & Neave meningkat 36 sen kepada RM29.76, United Plantations naik 20 sen kepada RM32.84, Allianz menambah 18 sen kepada RM21.16 dan AEON Credit menokok lapan sen kepada RM5.75.
Kaunter paling rugi termasuklah Nestle menurun RM1.66 kepada RM99.34, Petronas Dagangan berkurangan 90 sen kepada RM21.08, PPB merosot 24 sen kepada RM11.96 dan Kuala Lumpur Kepong menyusut 20 sen kepada RM21.76.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 berkurangan 63.77 mata kepada 12,200.15, Indeks FBM Emas menurun 61.02 mata kepada 12,351.90, Indeks FBM 70 merosot 34.04 mata kepada 17,154.68, Indeks FBM Emas Shariah menyusut 46.29 mata kepada 12,195.35 dan Indeks FBM ACE menurun 13.15 mata kepada 4,409.41.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 138.22 mata kepada 19,829.50, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.46 mata kepada 184.33, Indeks Tenaga naik 3.55 mata kepada 801.49 dan Indeks Perladangan merosot 15.96 mata kepada 8,901.45.

















Tinggalkan Balasan