Delegasi China dan Amerika Syarikat (AS) telah mencapai konsensus asas mengenai aturan bagi menyelesaikan kebimbangan masing-masing, dalam rundingan ekonomi dan perdagangan yang diadakan di Kuala Lumpur, pada Sabtu hingga Ahad.
Delegasi China diketuai Naib Perdana Menteri He Lifeng, manakala pihak AS diketuai Setiausaha Perbendarahaan AS Scott Bessent dan Perunding Perdagangan AS Jamieson Greer.
He Lifeng berkata inti pati hubungan ekonomi dan perdangan China-AS adalah sama menang dan saling menguntungkan.
“Kerjasama akan memberikan keuntungan, manakala konfrontasi akan membawakan kerugian kepada kedua-dua negara.
“Memastikan hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS berkembang mantap bukan sahaja sesuai dengan kepenting asas rakyat kedua-dua negara, tetapi juga selari dengan harapan Masyarakat antarabangsa,” ujar He.
Beliau menyatakan bahawa China dan AS harus merunding secara sama rata untuk mencapai kaedah menyelesaikan kebimbangan masing-masing berdasarkan prinsip saling menghormati, wujud bersama secara damai dan kerjasama sama menang.
“Bukanlah mudah bagi kedua-dua pihak China dan AS untuk mencapai hasil dalam rundingan ekonomi dan perdagangan dan ia harus dijaga baik oleh kedua-dua pihak.
“AS diharap berjalan sehaluan dengan China, bersama-sama melaksanakan consensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara menerusi panggilan telefon pada tahun ini serta hasil rundingan pelbagai pusingan terdahulu, meningkatkan rasa saling percaya, mengawal perselisihan pendapat, di samping meluas sektor kerjasama agar melonjakkan hubungan ekonomi dan perdangan dua hala ke tahap lebih tinggi,” ujar He Lifeng.
Sementara itu, pihak AS menyatakan bahawa hubungan ekonomi dan perdangan antara AS dan China ialah hubungan dua hala yang paling berpengaruh di dunia. Pihak AS bersedia merungkai masalah dengan China secara sama rata dan saling menghormati, di samping meningkatkan Kerjasama demi mewujudkan pembangunan bersama.














Tinggalkan Balasan