Kadar pertumbuhan ekonomi China diunjurkan akan melebihi 5 peratus pada tahun 2026, menunjukkan daya tahan yang kuat ketika dunia mendepani banyak unsur yang tidak menentu dan terus menjadi “penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi dunia”, kata Presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF), Borge Brende.
Dalam temu bual dengan Agensi Berita Xinhua menjelang mesyuarat tahunan WEF di Geneva baru-baru ini, Brende berkata bahawa China bukan sahaja memperkasakan pembangunan sektor-sektor tradisional, malah juga secara proaktif meneroka potensi teknologi baru muncul.
“China kini menyaksikan pertumbuhan pesat dalam penyelidikan teknologi canggih, di samping meningkatkan peruntukan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi teknologi baharu.
“Teknologi baharu tersebut dijangka akan menggandakan pengeluaran dan menyediakan peluang pertumbuhan dalam beberapa tahun akan datang,” kata Brende.

















Tinggalkan Balasan