Pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (CIFIT) edisi ke-25 membuka tirai di Xiamen, provinsi Fujian pada Isnin.
Acara selama empat hari itu disertai lebih 120 negara dan wilayah dari seluruh dunia serta 11 pertubuhan antarabangsa.
CIFIT kali ini merangkumi ruang pameran seluas 120,000 meter persegi dan berjaya menarik penyertaan pempamer dari 51 negara dan wilayah.
Lebih 100 aktiviti bagi mempromosi kerjasama pelaburan turut diadakan sempena acara tersebut.
Tinggalkan Balasan