Ekspo dan Persidangan Teknologi Maritim Antarabangsa China 2025 Berlangsung di Shanghai

Ekspo dan Persidangan Teknologi Maritim Antarabangsa China 2025, yang disifatkan sebagai “barometer industri maritim global” akan berlangsung di Shanghai, dari 2 hingga 5 Disember.

Bertemakan “Inovasi dan Kerjasama untuk Pacu Pembangunan Lestari Industri Maritim”, keluasan pameran pada tahun ini mencatat rekod baharu apabila meliputi kawasan lebih 110,000 meter persegi buat kali pertama.

Pameran kali ini juga berjaya menarik penyertaan lebih 2,200 syarikat dari 40 negara dan wilayah, sekali gus menjadikannya edisi paling besar dalam sejarah penganjurannya.