Forum Perniagaan Sumber Tenaga China-Rusia ke-7 diadakan di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di Beijing pada Selasa.
Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang telah menghadiri majlis perasmian forum berkenaan selain turut membaca surat tahniah dari Presiden Xi Jinping serta menyampaikan ucapan.
Semasa berucap, Ding mengemukakan tiga cadangan untuk kerjasama sumber tenaga antara China dan Rusia.
Ini merangkumi usaha meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam seluruh rantaian industri, menjamin pengoperasian laluan sumber tenaga rentas sempadan dengan selamat dan stabil serta memastikan perdagangan sumber tanaga berjalan lancar.
Cadangan itu juga termasuk merancakkan kerjasama pembangunan transformasi sumber tenaga, secara aktif mengembangkan aplikasi dan meneroka potensi kerjasama dalam sumber tenaga boleh diperbaharui.
Selain itu, kedua-dua pihak juga diharap memperkukuh kerjasama pelbagai hala dan bersama-sama mendorong pelaksanaan Inisiatif Tadbir Urus Global dalam bidang sumber tenaga serta menyuntik kestabilan dan kepastian ke dalam pasaran tenaga global.
Kira-kira 400 orang dari jabatan kerajaan, agensi dan syarikat terlibat dari China dan Rusia menghadiri majlis perasmian forum yang bertemakan “Memperkuat Penyelarasan Strategik Bertaraf Tinggi China-Rusia dan Memperkukuh Hubungan Perkongsian Sumber Tenaga Komprehensif Secara Berterusan”.
















Tinggalkan Balasan