Goldman Sachs Jangka Pertumbuhan Ekonomi China Lebih Pesat pada 2026

Ketua Ahli Ekonomi Asia Pasifik Goldman Sachs, Andrew Tilton, dan Ketua Ahli Ekonomi China, Shan Hui, dalam satu laporan baharu berpendapat, kadar pertumbuhan ekonomi China akan mencatat 6% dalam tempoh 12 bulan akan datang, bahkan jangka masa yang lebih panjang.

Tilton dan Shan Hui sama-sama berpendapat, peningkatan pesat eksport China pada tahun 2025 diluar jangkaan orang ramai, yang turut mencerminkan produk China dalam pelbagai bidang mempunyai daya saing berbanding yang dihasilkan rakan sekerjanya di dunia.

Majalah Forbes Amerika Syarikat melalui satu laporan yang diterbitkan dalam portalnya pada 27 November menunjukkan, pelabur yang membuat short selling terhadap China tidak mendapat banyak keuntungan dalam 10 tahun yang lalu. 

China sebagai entiti ekonomi mega di Asia mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengatasi pelbagai kesukaran dan mencapai matlamatnya tahun demi tahun.