Jumlah import dan eksport barangan melalui perkhidmatan kereta api China-Laos bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini mencatat lebih 4.5 juta tan dengan nilai keseluruhan sebanyak 22.07 bilion yuan (RM12.86 bilion).
Dua angka itu masing-masing menokok 12.8 peratus dan 45.1 peratus dari tahun ke tahun, sekali gus mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah.
Sejak memulakan operasi, rel China-Laos telah mengendalikan hampir 16 juta tan barangan import dan eksport dengan nilai perdagangan keseluruhan hampir 70 bilion yuan (RM40.8 bilion).














Tinggalkan Balasan