Kadar Jangka Pendek Diunjur Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM44.98 bilion dalam pasaran konvensional dan RM20.31 bilion dalam dana Islam. 

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2.8 bilion untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM47.8 bilion dan RM20.3 bilion dalam tender semalaman murabahah.