Pada pukul 12 Sabtu, satu kereta api muatan 55 kontena berlepas dari Khorgos di wilayah Xinjiang menuju ke Stesyen Kereta Api Selyatino di Rusia, menandakan jumlah pengangkutan barang import dan eksport melalui pintu sempadan itu telah mencapai 10 juta tan bagi tahun 2025. Peningkatan sebanyak 17.6 peratus tahun ke tahun itu bukan sahaja merupakan satu rekod baharu dalam sejarah, tetapi juga menjadikan matlamat bagi sepanjang tahun 2025 dapat diwujudkan lebih awal 43 hari.
Sejak yang pertama berlepas pada bulan Mac tahun 2016, jumlah kumulatif perjalanan Kereta Api China-Eropah (Asia Tengah) yang melalui pintu sempadan Khorgos telah mencecah 49,000 lebih, dengan merangkumi 90 laluan yang mengakses ke 46 bandar dan wilayah di18 negara. Khorgos sekarang ini terserlah sebagai satu “hab strategik” bagi pengangkutan darat logistik antarabangsa.
Tinggalkan Balasan