Kelulusan Pelaburan Asing di China Melantun Suku Pertama 2025

Terdapat sebanyak 12,603 syarikat pelaburan modal asing yang baharu ditubuhkan di seluruh China pada suku pertama tahun 2025, meningkat 4.3 peratus, manakala kelulusan pelaburan asing berkurangan RMB269.23 bilion (RM162 bilion), menurun 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik yang diumumkan Kementerian Perdagangan China baru-baru ini, kelulusan pelaburan asing di China terus menurun, tetapi peratusan yang terbabit sudah kelihatan mula mengecil, iaitu menokok sebanyak 9.6 peratus kalau berbanding dengan Januari dan Februari, malah perangkaan bagi bulan March melambung sebanyak 13.2 peratus tahun ke tahun.

Pada tiga bulan pertama 2025, pelaburan dari ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) ke China masing-masing naik sebanyak 56.2 peratus dan 11.7 peratus, antaranya Switzerland dan Britain menyaksikan peningkatan pelaburan yang melebihi 60 peratus.

Dengan adanya prestasi yang sungguh baik itu, China menjadi lebih teruja dalam meningkatkan tahap keterbukaan bagi menyambut pelaburan asing. 

Adalah terbukti bahawa China destinasi yang ideal, aman dan kondusif bagi pelaburan asing, baik pada dahulu kala, dewasa ini dan masa hadapan.