KWSP Ambil Alih 5.02 Peratus Pegangan Dalam 99 Speed Mart

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd selepas mengambil alih 421.79 juta saham atau 5.021 peratus kepentingan langsung dalam pengusaha kedai serbaneka itu.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KWSP berkata saham itu dibeli pada 4 Jun dan dipegang di bawah Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda