Lebih 3,000 Kereta Api Kargo China-Eropah Melalui “Koridor Timur” Sejak Awal Tahun Ini

Sejak awal tahun ini, lebih 3,000 Kereta Api Kargo China-Eropah telah melalui “Koridor Timur” dan mengangkut lebih 300,000 kontena standard pelbagai barangan, iaitu merupakan 26.6 peratus daripada jumlah keseluruhan negara ini.

Daripada jumlah tersebut, bilangan tren pulang menyumbang sebanyak 33.1 peratus daripada jumlah tren pulang seluruh negara.

“Koridor Timur” bagi Ekspres China-Eropah meliputi tiga pintu sempadan, iaitu Manzhouli, Suifenhe and  Tongjiang.

Koridor ini kini merangkumi 27 laluan yang menghubungkan 14 negara termasuk Poland, Jerman, Belanda dan lebih 60 buah bandar di China, seperti Changsha, Zhengzhou, Chengdu dan Suzhou.

Antara kargo yang diangkut terdiri daripada 12 kategori utama, termasuk produk elektronik, alat ganti penerbangan, tekstil dan barang harian, bijirin dan minyak kacang.