Mahkamah Moscow Kenakan Denda Pentadbiran US$207 Juta Terhadap Google

MOSCOW, 27 Feb  Sebuah mahkamah di Moscow telah mengenakan denda pentadbiran sebanyak 16 bilion ruble (US$207 juta) terhadap Google, menurut perkhidmatan akhbar mahkamah bidang kuasa am Moscow pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Google LLC didapati bersalah kerana melakukan kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 1 Artikel 20.25 Kod Pentadbiran Rusia, dan dijatuhi hukuman denda pentadbiran berjumlah 16,017,368,387.36 ruble,” menurut kenyataan perkhidmatan akhbar itu menerusi Telegram.