BANGI, 3 April — McDonald’s Malaysia meneruskan semangat memberi dan kebersamaan sempena Syawal tahun ini menerusi penganjuran siri sambutan komuniti di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.
Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia Shamsidar Yahya berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong komuniti tempatan di samping mencipta kenangan manis dengan rakyat Malaysia ketika meraikan Aidilfitri.
“Di McDonald’s Malaysia, inisiatif menyantuni komuniti menjadi sebahagian daripada nilai teras kami. Menyumbang kepada komuniti di mana kami berada adalah sesuatu yang dekat di hati kami.
“Setiap tahun, kami menjalankan kira-kira 10,000 aktiviti komuniti di seluruh negara melibatkan lebih 370 restoran,” katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Mekdi 2026 di restoran McDonald’s Bandar Baru Bangi di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar serta Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Melati Abdul Hai.
Shamsidar berkata sepanjang Ramadan lepas, McDonald’s Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menyediakan moreh kepada 300 masjid dan surau di seluruh negara, menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama kanak-kanak rumah anak yatim serta mengedarkan Kit Ramadan kepada kanak-kanak di Rumah Ronald McDonald.
Beliau berkata syarikat itu turut memperkenalkan sampul raya eksklusif yang menampilkan hasil lukisan kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald sekali gus mengetengahkan kreativiti mereka.
“Menerusi program Santun Pelajar, McDonald’s Malaysia telah mengedarkan baucar bernilai RM50,000 bagi hidangan kepada pelajar di 20 institusi pengajian tinggi terpilih sepanjang Ramadan dan inisiatif itu akan diteruskan selepas ini,” katanya.
Program Rumah Terbuka Hari Raya Bersama Mekdi 2026 yang bermula hari ini akan diteruskan di lokasi lain di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk persembahan kompang, hiburan artis, permainan interaktif dan penglibatan komuniti setempat.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan komuniti, sebanyak 1,000 set hidangan Foldover Ayam percuma bersama-sama pai epal dan minuman Teh Fuze turut diagihkan di setiap lokasi penganjuran.

















Tinggalkan Balasan