China dan pelbgai negara ASEAN akan terus membina konsensus, menjana impak sosial, menangani risiko, menyahut cabaran, mengemukakan dan melaksanakan “Pakej Penyelesaian China-ASEAN” yang boleh membawa masa depan yang cerah demi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Shi Zhongjun ketika menghadiri Minggu China-ASEAN 2025 yang membuka tirainya di sini pada Isnin.
Dalam majlis pembukaan berkenaan, Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia, Datuk Awang Beee Awang Ali Basah berkata, ASEAN dan China perlu bersatu-padu untuk menghadapi cabaran dan tekanan serta menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian kepada rantau ini.
Turut hadir, perwakilan dari negara tuan rumah dan kesemua 11 anggota ASEAN.
Minggu China-ASEAN 2025 yang bertemakan “Berkongsi Nasib: Mengaitkan Wawasan ASEAN 2045 dengan Modeniasi Ala China” ini, merangkumi sebanyak 12 buah aktiviti utama dan komponen yang berkaitan dengan tujuannya mencetuskan momentum bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu.
Menurut perangkaan yang terkandung dalam satu laporan yang dikeluarkan dalam upacara pembukaan tersebut berhubung perkembangan kerjasama pelaburan dan perdagangan China-ASEAN bagi tahun 2024 hingga 2025, China dan ASEAN telah menjadi rakan dagang terbesar antara satu sama lain untuk beberapa tahun berturut-turut, dan mengekalkan pertumbuhan pada kadar tinggi dalam bidang perdagangan dua hala pada tahun 2024, malah menjadikan kadar pertumbuhan itu meningkat 8.2 peratus dari Januari hingga Oktober tahun ini, dengan menokok USD862.73 bilion (RM3.6 trilion).
Dimaklumkan lagi bahawa dalam Minggu China-ASEAN 2025, Bursa Hasil Laut China-ASEAN sebagai bursa antarabangsa yang pertama di dunia dalam bidang hasil laut, akan merasmikan urusan rentas sempadan di bawah kendaliannya.

















Tinggalkan Balasan