Perang Tarif: AS Ingin Berunding, China sedang Buat Penilaian

Jurucakap Kementerian Perdagangan China berkata, pihaknya telah mendapati pemimpin dan pegawai tinggi Amerika Syarikat (AS) beberapa kali menyuarakan hasrat untuk berunding dengan China mengenai isu tarif.

AS telah menyampaikan keinginan untuk berunding dengan China melalui pelbagai saluran baru-baru ini, dan China sedang membuat penilaian berkaitan, kata jurucakap itu dalam sidang akhbar pada Jumaat. 

Menurut laporan, pihak AS mendakwa pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan China mengenai isu ekonomi dan perdagangan, dan perjanjian akan dicapai.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda