Pada tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025) Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China, perdagangan luar yang direkodkan kawasan Delta Sungai Yangtze meningkat 45.5 peratus berbanding tempoh FYP ke-13 (2016-2020), dengan mencapai RMB77.28 trilion (RM43.63 trilion).
Menurut data terkini dari Kastam China, jumlah eksport direkodkan kawasan itu mencatat RMB47.26 trilion (RM26.68 trilion), manakala import mencecah RMB30.02 trilion (RM16.95 trilion).
Perdagangan luar dengan dua rakan dagang utama, iaitu Kesatuan Eropah dan ASEAN masing-masing meningkat 42.8 peratus dan 70.7 peratus. dengan menokok RMB12.42 trilion (RM7.01 trilion) dan RMB11.22 trilion (RM6.33 trilion).
Sementara itu, import eksport dengan negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meningkat 69.6 peratus, dengan mencapai RMB36.43 trilion (RM20.57 trilion), sekali gus menyumbang lebih daripada 60 peratus keseluruhan di kawasan terbabit.

















Tinggalkan Balasan