Perkasa Kerjasama Sektor Perdagangan Perkhidmatan: Naib PM China

China sudi bekerjasama dengan semua pihak untuk memperkasa keterbukaan dan kerjasama dalam sektor perdagangan perkhidmatan, sekali gus menjana pertumbuhan perdagangan antarabangsa dan ekonomi global.

Naib Perdana Menteri Ding Xuexiang berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global di Beijing pada Rabu.

Dalam ucapannya, beliau mengesyorkan supaya kerjasama antarabangsa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan data raya dipertingkatkan untuk memacu penaiktarafan sektor berkenaan.

Antara cadangan lain termasuk menggalakkan rundingan dan pemeteraian lebih banyak perjanjian perdagangan bebas berpiawaian tinggi.

Sidang kemuncak itu diadakan sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2025 yang berlangsung di Taman Shougang bermula 10 hingga 14 September.