Persidangan Global Bandar SDG Bakal Berlangsung Di Shanghai

Persidangan Global Bandar SDG 2025 akan diadakan di The Grand Halls Shanghai pada 26 hingga 27 Oktober sempena Hari Bandar Dunia.

Dianjurkan bersama oleh UN-Habitat dan kerajaan bandar Shanghai, persidangan tahun ini akan memfokuskan kepada pembangunan inovatif demi pembinaan bandar pintar yang berorientasikan rakyat.

Dalam sidang media pada Isnin, kerajaan bandar Shanghai telah memberikan taklimat tentang kerja persiapan, selain memperkenalkan agenda utama dan sesi khas sempena persidangan berkenaan.

Selain itu, pejabat UN-Habitat China turut mengumumkan pencapaian kerjasama antara UN-Habitat dan bandar Shanghai melalui platform Hari Bandar Dunia.