Produk Altitud Rendah Antara Tarikan AERO Asia 2025

AERO Asia 2025 yang berlangsung selama empat hari bermula 27 November di Zhuhai, selatan China menghimpunkan sebanyak 387 syarikat pempamer melibatkan 22 negara dan wilayah.

Sepanjang acara berprestij itu, terdapat lebih 170 pesawat dipertontonkan menerusi demonstrasi dinamik dan pameran statik di dalam dan luar.

Bagi segmen pertunjukan udara, aksi pasukan aerobatik Afrika Selatan ‘AERO’ dan pasukan China ‘Red Star’ berturut-turut menggegarkan ruang udara Zhuhai.

Pameran kali ini juga menyaksikan penampilan sulung banyak produk dan penyelesaian altitud rendah yang membabitkan bidang pengangkutan, logistik udara, penyelamatan kecemasan dan lain-lain.