KUALA LUMPUR, 10 Dis — Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan tumpuan pelabur beralih kepada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, mengekalkan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan meneruskan penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas selepas mesyuarat selama dua hari berakhir malam ini.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.1140/1250 berbanding dolar AS daripada 4.1105/1165 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.13 peratus kepada 99.220 dalam petunjuk pasaran tenaga kerja bercampur-campur.
“Mata wang tempatan dijangka kekal disokong dengan baik walaupun ia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.11 dan RM4.12,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata konsensus pasaran menjangka Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS akan meneruskan penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Rabu.
“Mereka telah mengambil kira penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Persoalan utama ialah sama ada FOMC akan terus berhati-hati pada tahun depan atau mengambil pendekatan penurunan kadar faedah yang lebih agresif.
“Dengan impak daripada tarif timbal balas AS yang dijangka tahun depan, inflasi mungkin kekal tinggi,” katanya.
Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.4729/4875 daripada 5.4863/4943 semasa ditutup semalam, naik berbanding euro kepada 4.7838/7966 daripada 4.7900/7970 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.6236/6307 daripada 2.6332/6373.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1719/1807 daripada 3.1705/1753, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 246.6/247.4 daripada 246.4/246.9 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9225/9680 daripada 12.9172/9413.
Ringgit turut rendah berbanding peso Filipina kepada 6.95/6.97 daripada 6.94/6.96 sebelum ini.

















Tinggalkan Balasan