SINGAPURA, 10 Mac — Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA), telah membatalkan lebih banyak penerbangan ke dan dari Jeddah sehingga 17 Mac 2026, berikutan konflik yang berterusan di Asia Barat.
Dalam satu nota nasihat yang disiarkan di laman sesawang rasminya, syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa penerbangan yang terjejas adalah TR596 bagi laluan Singapura ke Jeddah dan TR597 dari Jeddah ke Singapura.
“Pelanggan yang terjejas oleh pembatalan penerbangan ini boleh meminta bayaran balik penuh jika mereka memilih untuk tidak meneruskan perjalanan, atau mereka boleh memilih untuk menempah semula penerbangan alternatif Scoot.
“Pelanggan juga dinasihatkan supaya mengemas kini butiran hubungan mereka melalui fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ di laman sesawang kami atau melanggan perkhidmatan pemberitahuan mudah alih untuk menerima kemas kini status penerbangan mereka,” menurut kenyataan itu pada Selasa.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu mengendalikan empat penerbangan seminggu antara Singapura dan Jeddah sebelum pembatalan itu dibuat.
Pembatalan terbaharu ini menyusuli pengumuman awal pada 1 Mac dan pengumuman seterusnya yang disiarkan pada 6 Mac.

















Tinggalkan Balasan