Terdapat lebih 3,000 perusahaan pelaburan asing yang baru ditubuhkan di sini pada tempoh enam bulan pertama tahun 2025, dengan kelulusan pelaburan asing mencecah USD8.5 bilion (RM35.67 bilion).
Sementara itu, juga terdapat 1,042 konglomerat yang mempunyai pejabat daerah di Shanghai, dan bilangan pusat R&D yang berlatarbelakangkan pelaburan asing yang beroperasi di bandar itu mencatat 605 unit.
Di sebalik situasi perdagangan antarabangsa yang penuh dengan ketidakstabilan dai ketidaktentuan ketika ini, Shanghai yang hebat dengan daya tarik dari segi inovasi, kerjasama yang terbuka dan persekitaran perdagangan, terus gah di pentas dunia sebagai destinasi yang paling rancak dalam menarik pelaburan asing.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Jungheinrich Jerman, Lars Brzoska menyatakan China telah membuahkan sejumlah besar hasil yang inovatif, melakukan tinjauan terhadap teknologi frontier dan berjaya menggubal pakej penyelesaian dalam bidang berteknologi tinggi, malah sudi berkongsi pelbagai pencapaian yang terkini.
Jungheinrich telah menubuhkan pusat pengilang peralatan asal (OEM) di Shanghai pada mutakhir ini kerana “rantaian bekalan China adalah cekap, fleksibel dan penuh dengan daya hidup yang inovatif”.
Kata Brzoska, pihaknya akan melipatgandakan peranannya dalam rantaian pembuatan dan inovasi Delta Sungai Yangtze, dan berusaha menampilkan lebih banyak teknologi dan produk buatan tempatan yang baharu di pentas dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan LEGO, Niels Christiansen menunjukkan bahawa kemajuan China dalam bidang perlindungan hak harta intelek merupakan salah satu sebab bagi pihaknya semakin yakin tentang pelaburan di negara ini.
“Hak harta intelek dan nilai jenama adalah terjamin sepenuhnya di China,” kata CEO itu.
Tinggalkan Balasan