ISTANBUL, 6 April — Sebanyak 15 kapal melintasi Selat Hormuz sepanjang 24 jam lalu selepas memperoleh kebenaran daripada Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.
Agensi berita Fars melaporkan kapal-kapal itu dibenarkan melalui laluan perairan strategik berkenaan selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa Iran.
Agensi berita itu melaporkan jumlah kapal yang melalui selat berkenaan kekal 90 peratus lebih rendah berbanding sebelum Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap negara itu.
Rantau berkenaan berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb lepas, dan setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menjadi lokasi aset ketenteraan AS.
Iran juga menyekat pergerakan kapal melalui Selat Hormuz.












Tinggalkan Balasan