27 Venue untuk TWG 2025 di Chengdu Siap Dibina

Kesemua 27 buah venue pertandingan untuk Sukan Dunia (TWG) edisi ke-12 yang bakal berlangsung di sini pada 7 hingga 17 Ogos kini sudah siap dibina.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif TWG 2025 mutakhir ini.

Mengikut jadual, semua venue pertandingan TWG ke-12 yang sudah siap dibina di ibu kota provinsi Sichuan ini dijangka diserahkan ke tangan pihak pengendali menjelang 10 Julai. 

Antaranya, tiada venue yang baharu yang dibina untuk TWG edisi tahun ini, bertepatan dengan prinsip penjimatan kos dan konsep kelestarian.

Contohnya, 18 daripada 27 venue berkenaan dilengkapi fungsi yang terubahsuai, dan 9 lagi merupakan yang dibina buat sementara waktu di pinggir tasik atau dalam taman.

Landskap bandaraya yang bertaburan temasya sukan kelihatan sangat harmoni dan dinamik susulan pembinaan sebahagian venue di lapangan, walaupun buat sementara waktu.

Sebagai temasya sukan komprehensif antarabangsa yang paling berprestij untuk acara-acara yang tidak tersenarai dalam Sukan Olimpik, TWG 2025 menawarkan 256 acara pertandingan bagi 34 kategori.

Berbanding unsur persaingan yang sangat menonjol dalam Sukan Olimpik, suasana bermain, beraksi untuk minat dan persembahan yang menarik merupakan yang paling ditekankan dalam TWG. 

TWG 2025 yang berlangsung di Chengdu selama sepuluh hari ini akan menyaksikan lebih 4,000 atlet dari lebih 100 negara dan wilayah berusaha menunjukkan prestasi yang terbaik.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda