4 Anggota SDF Jepun Cedera Dalam Insiden Letupan Di Pangkalan Udara Kadena AS

NAHA (Jepun), 9 Jun — Satu letupan berlaku pada Isnin di Pangkalan Udara Kadena milik tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah selatan Jepun, Okinawa, menyebabkan empat anggota Pasukan Pertahanan Diri (SDF) Jepun cedera ringan ketika mereka sedang bekerja di sebuah depot, menurut pegawai tempatan dan Kementerian Pertahanan.

Agensi Berita Kyodo melaporkan bahawa kementerian berkenaan memaklumkan letupan berlaku ketika anggota SDF sedang bersiap sedia untuk melaksanakan operasi pelupusan bom.

Menurut pegawai tempatan, tiada arahan pemindahan dikeluarkan kepada penduduk berhampiran.

Okinawa menempatkan sebahagian besar kemudahan tentera AS di Jepun.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda