Acara pertukaran kemanusiaan untuk memperingati ulang tahun ke-55 “Diplomasi Pingpong” China-Amerika Syarikat (AS) diadakan di Lincoln High School di Tacoma, Washington, AS pada Selasa.
Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong menerusi ucapan video pada majlis itu berkata, pada 55 tahun yang lalu, sebiji bola pingpong kecil telah membuka pintu persefahaman antara rakyat China dengan AS, sekali gus memecah ‘tembok’ hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Beliau berkata, selaku penganjur acara tersebut, beliau berasa berbesar hati dapat menjemput Connie Sweeris, bekas anggota delegasi Pingpong AS yang melawat China pada tahun 1971 untuk berkongsi pengalaman beliau.
Shen menambah bahawa persahabatan antara China dengan AS berakar dalam kalangan rakyat. Oleh itu, beliau berharap rakyat di kedua-dua negara dapat berusaha bersama untuk menulis bab baharu dalam pertukaran rakyat-ke-rakyat pada era baharu ini.
Para tetamu yang hadir turut menyuarakan keinginan untuk meneruskan tradisi “Diplomasi Pingpong” dan menyumbang kepada usaha memperkukuh persahabatan dan menggalakkan pertukaran rakyat kedua-dua negara.
Acara tersebut dianjurkan bersama oleh CMG, Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing, dan Persatuan Pingpong China, dengan kerjasama Persatuan Pertukaran Pelajar Remaja AS-China.
Hampir 500 tetamu menghadiri acara tersebut.













Tinggalkan Balasan