Acara Pertukaran Budaya China-Hungary Berlangsung di Budapest

Aktiviti pertukaran budaya China-Hungary yang bertemakan “Hadapi Masa Depan, Nasib dan Komuniti Bersama” telah berlangsung di Budapest, pada Jumaat. 

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong menerusi ucapan video berkata CMG bersedia bekerjasama dengan rakan-rakan strategik dari Hungary dalam menyumbang kepada usaha pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan melalui penghasilan lebih banyak kandungan kreatif yang disiarkan menerusi televisyen mahupun filem. 

Sebagai rekod, aktiviti berkenaan dianjurkan secara bersama oleh CMG dengan Tabung Perkhidmatan Media dan Pengurusan Aset Hungary (MTVA) dan Persatuan Persahabatan Hungary-China.