Acara pertukaran budaya “Echoes of Peace” sesi khas Kenya anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di Nairobi pada Selasa.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan melalui pautan video berkata mengingati sejarah adalah penting bagi memperkukuhkan usaha menjaga keamanan, mempertahankan kesaksamaan dan keadilan, sekali gus mencipta masa depan yang lebih gemilang.
Menurut Shen, pihaknya turut membawa beberapa karya filem terbitan China termasuk Flying Tigers: Shadows Over China, The Secret Betrayal dan The Sinking of the Lisbon Maru dengan harapan semua pihak dapat menghargai keamanan serta memikul tanggungjawab untuk menjaganya.
Dihadiri lebih 200 wakil dari jabatan kerajaan Kenya, agensi media, kumpulan pemikir dan universiti tempatan, acara berkenaan turut menyaksikan majlis penyampaian siri program berkualiti terbitan CMG kepada Perbadanan Penyiaran Kenya (KBC).
Tinggalkan Balasan