Acara Pertukaran Sesama Rakyat China-Asia Tengah 2025 berlangsung di Astana, ibu negara Kazakhstan pada Isnin.
Aktiviti itu dianjurkan Kumpulan Media China (CMG) bersama Kompleks TV dan Radio Presiden Kazakhstan sempena kehadiran Presiden Xi Jinping ke Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kedua.
Inisiatif Kerjasama Media China-Asia Tengah dilancarkan dalam acara tersebut dan banyak program berkualiti terbitan bersama China dengan negara-negara Asia Tengah turut disiarkan.
Lebih 150 tetamu termasuk tokoh terkenal dari pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, budaya, media dan pendidikan dari China dan lima negara Asia Tengah iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan menghadiri acara berkenaan.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan rakan media dari Asia Tengah untuk terus mengukuhkan kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang, bentuk dan saluran.
Seterusnya berperanan sebagai saksi kesalingpercayaan strategik, pendorong saling belajar sesama tamadun dan penyebar persahabatan antara China dan Asia Tengah, sekali gus menyumbang kebijaksanaan dan kekuatan kepada pembinaan perkongsian media China-Asia Tengah serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Tinggalkan Balasan