Persekutuan Kesatuan Sekerja China (ACFTU) dan Kumpulan Media China (CMG) menandatangani perjanjian kerangka mengenai kerja publisiti, dan bersama-sama melancarkan pembinaan korpus “Semangat dan Kemahiran Artisan” peringkat kebangsaan, di Beijing pada Isnin.
Presiden CMG, Shen Haixong ketika berucap pada majlis tersebut berkata, sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC Xi Jinping telah membuat siri kenyataan dan wacana penting mengenai usaha untuk menggalakkan semangat teladan pekerja, semangat tekun bekerja dan semangat artisan.
“Penandatangan perjianjian kerangka antara CMG dengan ACFTU adalah langkah penting bagi melaksanakan semangat Sidang Pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti, dan juga bersama-sama mencorak landskap baharu mengenai kerja publisiti bagi pekerja dan kesatuan sekerja pada era baharu,” kata Shen.













Tinggalkan Balasan