Aktiviti Pertukaran Belia Rentas Selat, Pikat Hati Ribuan Belia Taiwan

Cuti musim panas merupakan waktu puncak bagi pertukaran belia rentas Selat Taiwan, dengan pelbagai aktiviti giat dianjurkan.

Demikian dinyatakan jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhu Fenglian dalam sidang media pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pertukaran sukan merangkumi bukan sahaja sukan tradisional seperti bola sepak, bola keranjang dan besbol, tetapi turut melibatkan sukan baharu seperti papan luncur dan kasut roda.

Sementara itu bagi pertukaran budaya pula, Bulan Kebudayaan Belia Rentas Selat Taiwan 2025 telah dilancarkan di provinsi Jiangsu pada pertengahan Julai. Lebih 40 aktiviti merangkumi kaligrafi, lukisan, sukan, opera, animasi dan lain-lain, dan berjaya menarik penyertaan lebih 4,000 belia dan penduduk dari Taiwan.