Aktiviti Pertukaran Sosiobudaya bagi Ulang Tahun Ke-55 Hubungan Diplomatik China-Itali

Aktiviti pertukaran sosiobudaya bagi meraikan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik China-Itali anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Rom, Itali pada Rabu, dengan diserikan kehadiran Presiden CMG, Shen Haixiong serta lebih 200 tetamu dari kalangan politik, ekonomi, kesenian, sukan, media dan perfileman kedua-dua negara.

Dimaklumkan, CMG bersama Kumpulan Mediaset Itali, Kumpulan Media Klas, Kumpulan Media Netway, Agensi Berita Italpress dan Akademi Seni Rom mencapai perjanjian dan bertukar memorandum melibatkan kerjasama kandungan, pertukaran personel, interaksi teknologi, kolaborasi perindustrian, dan perkongsian bahan program.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda