Aktiviti Rai Pelancaran Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika di Pretoria

Kedutaan Besar China di Afrika Selatan menganjurkan aktiviti sambutan sempena pelancaran Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika 2026 di Pretoria pada Isnin.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara China dengan Afrika.

Duta Besar China ke Afrika Selatan, Wu Peng dalam perutusan tahniahnya berkata pertukaran sosiobudaya China-Afrika telah membuahkan hasil yang memberangsangkan sepanjang tujuh dekad lalu.

Tatkala dunia mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku dalam seabad, China dan Afrika perlu terus memperkukuh solidariti serta memperkasa pertukaran dan kerjasama, ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri Hal Ehwal Wanita, Belia dan Orang Kurang Upaya Afrika Selatan, Mmapaseka Steve Letsike menyatakan ikatan persahabatan yang kekal utuh menjadi asas penting kepada perkembangan hubungan Afrika Selatan-China.

Pertukaran sosiobudaya yang semakin rancak akan menyuntik kedinamikan baharu kepada jalinan persahabatan  kedua-dua negara, katanya.